ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM
TUGASAN BERDASARKAN MASALAH
TEMA/TAJUK: ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR
NAMA PELAJAR:
1.NUR SYHAIMIMI AKMAL BINTI MOHAMED SABRI (26DUP21F1022)
2.NUR AIN SOFEA BINTI MOHD AZHAR (26DUP21F1004)
3. NURAZYAN BINTI MOHD AMRI (26DUP21F1064)
4. NUR FATIN AMIRA BINTI IBRAHIM (26DUP21F1020)
5. NUR FARHANA BINTI HASNI (26DUP21F1027)
PENSYARAH:
PUAN SUKARNI BINTI AB GHANI
PENDAHULUAN:
1.0 PENGENALAN
Pelbagai masalah alam sekitar telah dikesan dan menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Kadar pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan semakin banyak sumber yang diperlukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran bagi menampung kehidupan dan penggunaan penduduk. Kegiatan pembangunan menyebabkan pengagihan pembangunan yang tidak sekata sehingga mewujudkan masalah alam sekitar. Penggunaan sumber asli, penebangan pokok, pembinaan tempat kediaman, penanaman tumbuhan untuk keperluan hidup telah sedikit sebanyak mengubah keadaan persekitaran. Kesejahteraan hidup manusia memerlukan pertumbuhan ekonomi yang baik.
Aktiviti - aktiviti ekonomi menjadi punca utama berlakunya kemerosotan alam sekitar. Penghasilan bahan buangan daripada aktiviti-aktiviti pembangunan menyebabkan alam sekitar tidak mampu menukarnya secara semula jadi kepada bahan-bahan yang bukan toksik. Bahan-bahan cemar ini akan meninggalkan kesan kepada alam sekitar dengan merencatkan kadar pertumbuhan, menjejaskan kesihatan, merosakkan harta benda dan mengganggu rantaian makanan. Ekonomi malaysia berkembang pesat dengan wujudnya industri pembuatan namun kadar pengeluaran yang kian meningkat menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Oleh itu, Malaysia akan menghadapi masalah alam sekitar yang kian meruncing sekiranya berlaku pencemaran dan kepupusan sumber-sumber.
Punca utama pencemaran sungai adalah aktiviti pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air. Kualiti sungai mula merosot berpunca dari sikap manusia yang menganggap sungai sebagai saluran yang mudah untuk membuang sampah sarap, kotoran dan sisa. Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemarkan air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah pemendapan sungai.
Pencemaran udara juga pada paras yang membimbangkan. Ini berlaku sebahagian besarnya berpunca daripada kegiatan manusia. Pembakaran terbuka lain adalah melibatkan pembakaran sampah sarap di kawasan perumahan dan pembakaran untuk aktiviti keagamaan atau penyembahan. Selain dari itu, pencemaran udara juga berlaku akibat pelepasan asap serta gas-gas pencemar seperti karbon monoksida (CO), hidrokarbon (HC), oksida-oksida nitrogen (NOx) serta partikulat (PM) yang dilepaskan melalui ekzos kenderaan-kenderaan bermotor. Kesan pencemaran alam sekitar dan pemusnahan yang berleluasa serta ancamannya kepada kehidupan telah mula diinsafi. Kesedaran ini timbul sejak tahun 60an dan 70an lagi di mana manusia telah mula memikirkan tentang kepentingan menjaga kualiti alam sekitar.
Kita sedar bahawa mutu kehidupan manusia banyak ditentukan oleh sikap dan sifat keperibadian yang tertanam dalam diri individu. Atas alasan ini, pendidikan menjadi satu alternatif untuk menanamkan kesedaran tentang alam sekitar. Ini kerana pembentukan sikap dan penglibatan aktif setiap ahli masyarakat terhadap permasalahan yang berkaitan dengan alam sekitar jelas bermula dari pendidikan. Pendidikan alam sekitar dikatakan penting dalam menambahkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar. Generasi masa hadapan mampu mengawal dan mensejahterakan kehidupan dan masa hadapan mereka melalui pendidikan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar yang ditekankan perlu dalam konteks yang lebih luas di mana ianya melibatkan pendidikan formal di institusi pendidikan seperti di sekolah, kolej dan universiti dan pendidikan informal di rumah, di sekolah dan dalam masyarakat.
2.0 ISU-ISU ALAM SEKITAR
Isu-isu alam sekitar merupakan memberikan impak yang besar didalam industri pembinaan. Industri pembinaan menyumbang pencemaran alam sekitar. Impak utama alam sekitar adalah dari aktiviti pembinaan seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran sisa dan pencemaran bunyi. Sisa dari pembinaan adalah merupakan masalah pencemaran yang serius perlu ditangani dimana pemaju projek perlu bertanggungjawab bagi memastikan aktiviti berkatian perlu selaras dengan polisi alam sekitar dan dipraktikkan menerusi pengurangan sisa. Menyatakan bahawa masalah utama di bandar merupakan sisa pembinaan dan keperluan untuk bertanggungjawab bagi memastikan aktiviti dan bahan binaan bersesuaian dengan polisi dan sesuai untuk kebaikan dipraktikkan.
SIKAP INDIVIDU YANG MENGAMBIL MUDAH TENTANG PENCEMARAN
Sebab utama pencemaran alam sekitar berlaku adalah kerana sikap individu sendiri.Terdapat individu yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuangsampah ke dalam sungai. Individu yang membuang sampah ke dalam sungai akanmenyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selainitu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkankebakaran yang boleh mencemarkan udara.
SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
Selain itu, sikap masyarakat juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku.Kebanyakan ahli masyarakat menganggap sungai sebagai tempat untuk membuangsampah dan tempat menyalurkan air yang kotor atau sisa kumbahan dari rumahmereka. Masyarakat juga tidak mahu membersihkan sungai yang dipenuhi rumput,timbunan lumpur atau timbunan sampah . Akhirnya, sungai akan menjadi semakin cetekdan kotor hingga boleh menyebabkan banjir kilat apabila hujan turun dengan lebat danberterusan.
3.0 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1) Jikalau sistem saliran tidak diselenggara dengan baik dan kutipan sampah tidak dilakukan secara berkala bakal menyebabkan masalah banjir dan wabak yang memberikan kesan kesihatan kepada masyarakat sekitar
2) Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kalangan pemain industri membuang bahan toksik di kawasan sungai dan sekitar telah pencemaran udara dan pencemaran air. Boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada kawasan penempatan di sekitar Pasir Gudang sehingga ada yang mengalami masalah sesak nafas, sungai menjadi beracun sekaligus tidak selamat untuk digunakan.
3) Kawasan sekitar yang tidak dibersihkan dan tidak dikawal bakal mengundang haiwan seperti tikus, lipas, nyamuk aedes bagi menyebarkan wabak.
4)Pelepasan karbon dioksida yang tinggi di udara dan atmosfera menyebabkan tumbesaran pokok yang luar biasa. Jerebu dan asap mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari kepada tumbuh-tumbuhan dan merosakkan pokok.
5)Tanah yang tercemar sudah tidak subur dan tidak sesuai untuk tumbuhan. Ini akan merosakkan rantaian makanan semulajadi.
6)Pelepas sulfur dioksida dan nitrogen diokisda oleh kilang-kilang boleh menyebabkan turunnya hujan asid yang berbahaya pada kulit manusia dan merendakan nilai pH tanah.
4.0 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1)Antara punca yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar disebabkan tangan manusia sendiri. Manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudah pun disebarkan melalui media massa namun manusia yang tidak mencintai alam memandang rendah terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar. Terdapat juga individu yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai.Masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ini akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor.
2)Pekembangan penempatan, jumlah penduduk semakin bertambah dek kesan urbanisasi yang berpindah secara besar-besaran ke kawasan bandar -bandar utama
3)Segala yang berlaku adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab yang kurang ada kesedaran untuk menjaga dan memelihara keadaan alam sekitar
4)Sebarang usaha untuk langkah menjaga, memelihara dan memulihara alam sekitar memerlukan modal bagi melakukan kempen kesedaran, kutipan sampah, penghapusan sampah dan banyak lagi. Semuanya memerlukan kewangan yang kukuh.
5.0 LANGKAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1)Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius.
2)Langkah seterusnya adalah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan.
6.0 CARA PENYELESAIAN BAGI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pihak berwajib perlu menghukum individu yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak tersebut mencemarkan alam. Tindakan penguatkuasaan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukakan secara tekal. Individu dan organisasiyang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan
Comments
Post a Comment