PERANAN KAEDAH FIQH DALAM HOSPITALITI DAN PELANCONGAN

 



(MPU23072) PELANCONGAN

 DAN HOSPITALITI ISLAM

 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM HOSPITALITI DAN

 PELANCONGAN

NAMA PENSYARAH

MADAM SUKARNI BINTI AB GHANI

DISEDIAKAN OLEH

NUR AIN SOFEA BINTI MOHD AZHAR (26DUP21F1004)

NUR FATIN AMIRA BINTI IBRAHIM (26DUP21F1020)

NUR SYHAIMIMI AKMAL BINTI MOHAMED SABRI (26DUP21F1022) NUR FARHANA BINTI HASNI (26DUP21F1027) NURAZYAN BINTI MOHD AMRI (26DUP21F1064)


PENGHARGAAN

   Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihdan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-tinggiserta selawa  kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya, maka tugasan yang diberikan telah pun selesai. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Madam Sukarni Binti Ab Ghani selaku pensyarah Pelancongan dan Hospitaliti Islam kami yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Begitu juga rakan seperjuangan yang banyak berkongsi maklumat dan motivasi untuk menghasilkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan kumpulan saya yang gigih mencari pelbagai maklumat dan info untuk melengkapkan tugasan yang diberi ini. Mereka juga telah memberi pelbagai idea selama 4 minggu ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga segala kerjasama yang diberikan ini akan diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil tugasan kami ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana untuk dijadikan sebagai pengajaran.


ISI KANDUNGAN

  Perkara   No

  Objektif ................................................................................................1

  Pengenalan...........................................................................................2

  Pengertian Fiqh......................................................................................3

  Pengertian Kaedah Fiqh........................................................................4 Pembahagian Kaedah Fiqh...................................................................5 Kaedah-Kaedah Fiqh dalam Pelancongan dan Hospitaliti...............6 Sumber Kaedah Fiqh.............................................................................7 Peranan Kaedah Fiqh Dalam Pelancongan & Hospitaliti..................8 Kesimpulan..............................................................................................9 Rujukan...................................................................................................10


1) OBJEKTIF

1. Kajian ini dilakukan adalah untuk memberi pengukuhan terhadap kefahaman pelajar mengenai sesuatu kaedah fiqh.

2. Kajian ini dilakukan adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada kami tentang isu-isu yang melibatkan fiqh.

3. Kajian ini dilakukan adalah untuk kami menyelesaikan sesuatu masalah secara kreatif dan inovatif.

 2) PENGENALAN

Syariat Islam adalah konsep umum untuk semua syariat yang diturunkan oleh Allah SWT yang komprehensif, sederhana, dan dapat diterapkan pada setiap masa dan tempat. Salah satu kualiti pengajaran yang komprehensif ini adalah kemampuannya menjawab pelbagai keprihatinan yang dihadapi manusia dengan menggunakan pelbagai kaedah dan kaedah yang disediakan oleh undang-undang Islam. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh ulama silam dalam menyelesaikan persoalan yang berlaku ialah dengan menggunakan pendekatan kaedah fiqh.

3) PENGERTIAN FIQH

Pengertian fiqh menurut bahasa ialah mengetahui sesuatu dan memahami tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan untuk ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu itu.

Manakala menurut Muhammad Mustafa Shalabi, al-Quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam. Bukan itu sahaja, pengertian fiqh dapat ditafsirkan melalui istilah juga.

  Menurut al-Zarkhasi, pengertian fiqh menurut istilah ialah mengetahui hukum- hukum syarak yang berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.

Menurut al-Amidi pula, fiqh bermaksud ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada hukum-hukum syarak yang far’i dengan cara memerhati dan menggunakan dalil.

Secara kesimpulannya, yang dimaksudkan dengan fiqh ialah mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk amalan seperti ibadat, perkahwinan, perceraian dan lain-lain berdasarkan dalil-dalil yang terperinci sama ada dari al-Quran atau al-Sunnah.


4) PENGERTIAN KAEDAH FIQH

   Kaedah Fiqh atau Fiqhiyyah merupakan gabungan dua perkataan Arab iaitu Qawaid dan Fiqhiyyah. Menurut bahasa, perkataan ‘kaedah’ merupakan jamak bagi perkataan qawaid. Ia membawa beberapa maksud seperti asas, dasar atau pun asal.Perkataan qawaid dari sudut bahasa mempunyai beberapa maksud daripada Al-Quran :Firman Allah SWT :  Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismailmeninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambal keduanya berdoa dengan berkata : ‘Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami). (Surah Al-Baqarah: 127)Fiqh pula membawa maksud suatu kefahaman iaitu memahami sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci. Pengertian kaedah fiqh menurut Al-Jurjani ialah persoalan umum yang boleh diaplikasikan ke atas kesemua cabang. Manakala menurut Dr Mahmud Ismail membawa maksud hukum fiqh yang berbentuk umum yang dapat diketahui hokum darinya bagi persoalan-persoalan cabang dari pelbagai bab.

5) PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

   Secara umumnya ulama telah membahagikan kaedah fiqh kepada dua bahagian utama iaitu  Al-Kuliyyah Al-Kubra dan Kaedah Fiqh Al-Sughra. Al-Kuliyyah Al-Kubra merupakan kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama serta ia boleh diaplikasikan dalam semua perkara.  Manakala Kaedah Fiqh Al-Sughra merupakan himpunan sejumlah besar kaedah-kaedah fiqh yang skop aplikasinya lebih kecil berbanding dengan kaedah fiqh al-kuliyyah al-kubra.

6) KAEDAH-KAEDAH FIQH DALAM PELANCONGAN

 DAN HOSPITALITI

   Terdapat 5 kaedah Fiqh dalam pelancongan dan hospitaliti. Antaranya ialah segala urusan  bersasarkan niat . Maksudnya segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia sama ada baik atau buruk berbentuk perkataan atau perbuatan, penentuan dosa atau pahala berdasarkan  niat orang yang melakukannya. Contohnya ialah meninggalkan perbuatan haram seperti  mencuri, minum arak, berzina, dan lain-lain kerana Allah. Kaedah yang kedua pula ialah keyakinan tidak hilang dengan keraguan. Kaedah ini  menjelaskan bahawa tiap tiap perkara yang telah diyakini berlaku tidak akan terbatal dengan sebarang keraguan yang dating kemudian. Hal ini bermaksud, sesuatu perkara yang  pada asalnya dan diyakini jelas akan sesuatu hukum itu tidak boleh ditinggalkan atas sebab syak atau ragu ragu tentang perkara yang diperselisihkan.Keyakinan terhadap sesuatu perkara atau hukum tidak boleh diubah atas sebab keraguan yang timbul. Jika seseorang itu  telah yakin akan sesuatu perkara dan hukumnya, kemudian timbul pula syak atau ragu ragu terhadap keyakinan tadi, maka keyakinan yang asal itu tidak boleh dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan adanya keyakinan baharu yang dapat menghindarkannya.  Contohnya orang ramai tidak ragu-ragu untuk makan makanan yang mempunyai tanda halal yang telah disahkan oleh JAKIM.  Kaedah yang ketiga ialah jalan keluar. Ia membawa maksud beberapa kelonggaran dalam  melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya, orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring. Kaedah yang seterusnya ialah kemudaratan mesti dihilangkan. Maksudnya perbuatan yang  boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak yang melibatkan agama ,  nyawa , maruah , keturunan , akal dan harta hendaklah dielakkan. Contonya, rumah  penginapan, sama ada Chalet, homestay,hotel,motel atau yang seumpamanya, tidak boleh  menyediakan makanan yang haram dan memudaratkan kepada tetamu.Kaedah yang terakhir ialah adat dijadikan hukum. Umat Islam dapat adat yang diamalkan tidak bertentangan dengan hokum memahami hukum yang  digunakan terhadap sesuatu perkara tanpa membuat sesuatu yang buruk. Kesimpulannya,  syarak seperti menerangi rumah kediaman ketika mengadakan majlis perkahwinan dengan tujuan untuk menunjukkan  kegembiraan atau mengiklankan dengan perkahwinan tersebut jika bukan bertujuan untuk membazir.

7) SUMBER KAEDAH FIQH

   Terdapat tiga sumber kaedah fiqh yang perlu diketahui. Antaranya ialah Al-Quran merupakan sumber hukum utama dalam Islam yang sesuai . Al-Quran dipraktikkan untuk semua zaman dan masa.Para ulama menjadikan Al – Quran sebagai panduan dalam melakukan ijtihad  untuk mengeluarkan kaedah – kaedah fiqh daripada isi kandungan.  Sumber kaedah fiqh yang seterusnya ialah al-Hadis. Allah menganugerahkan mempunyai makna yang mendalam. Banyak hadis Baginda yang Rasullulah  dengan keistimewaan ‘ jawami al kalim ‘ yang bermaksud ucapan yang ringkas tetapi  mengandungi lafaz-lafaz  yang boleh dijadikan sebagai lafaz kepada kaedah-kaedah fiqh. Antara lafaz hadis yang  dijadikan sebagai lafaz kaedah antaranya al-din, al-nasihah, al- Muslimun a’la syurutihim  dan lain-lain lagi. Sumber kaedah fiqh yang terakhir pula ialah Athsar Sahabat (Pendapat Sahabat). Para sahabat merupakan insan yang bertuah kerana dapat hidup dan menimba ilmu secara langsung daripada Rasuluklah SAW. Begitu juga dengan para Rasulullah SAW dalam memahami nas-nas syarak semasa menerangkan falsafah tabieen yang dapat menimba ilmu daripada para sahabat banyak terkesan dengan cara  Syariah Islamiah. Lantaran itu, banyak ucapan dan kata-kata sabahat dan para tabieen mempunyai kaedah-kaedah fiqh yang boleh dijadikan panduan dalam mengeluarkan hukum.

8) PERANAN KAEDAH FIQH DALAM PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

   Dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, terdapat beberapa peranan kaedah fiqh yang  dapat kita ketahui. Antaranya ialah memudahkan individu memahami hukum.Dengan  adanya ilmu kaedah Fiqh, umat Islam dapat memahami hukum yangdigunakan terhadap  sesuatu perkara tanpa membabi buta. Penentangan dan pertikaian terhadap hukum yang  lahir tidak akan timbul apabila masyarakat Islam memahami bahawa keselamatan  akidah,nyawa,keturunan, akal dan harta perlu dijaga . Contohnya percampuran antara lelaki dan perempuan dikolam perlu diasingkan demi menjagamaruah manusia, terutamanya kaum wanita.  Seterusnya, kaedah fiqh dapat memainkan peranan untuk dijadikan sumber hujah dalam menangani isu-isu yang terbaru. Misalnya, banyak persoalan yang timbul di kalangan  masyarakat memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada cendiakawan Islam. Dengan  menguasai ilmu ini ianya mampu untuk menyelesaikan persoalantersebut.  Dengan memahami ilmu kaedah Fiqh, daya kreativiti umat islam dapat dipupuk ,khususnya  dalam menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan dan hospitaliti  berlandaskan kepada pendekatan dan prinsip yang diredhai Allah S.W.T.Sebagai contoh,  sumber alam digunakan untuk menghasilkan produk yang mampupelancong seperti perabot, makanan dan pakaian serta melakukanmenjadi tarikan pelbagai usaha ke arah  menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam seperti aktiviti riadah, penanaman semula pokok dan lain-lain lagi.  Selain itu, dapat membentuk gambaran umum tentang fiqh. Pengajian kitab fiqh di Malaysia untuk masyarakat awam kebanyakannya tidak sempat untuk diselesaikan.Jadi dengan  adanya pengajian kaedah fiqh ini, akan membuka membuka peluang kepada masyarakat awam untuk mendapat gambaran umum tentang topik yang terkandung dalam ilmu fiqh.  Kesimpulannya, syariat Islam sesuai diamalkan kerana sesuai dengan kedudukannya sebagai  penutup segala syariat maka ianya sesuai diamalkan sepanjang zaman dan masa.


9) KESIMPULAN

   Kesimpulannya, agama Islam adalah agama yang mudah. Islam memudahkan perkara yang  kita anggap sebagai beban. Islam merupakan agama yang lengkap dan mencukupi dalam semua lapangan kehidupan. Bermula daripada soal-soal diri,keluarga, negara seterusnya ke peringkat antarabangsa. Islam juga menekankan persoalan rohahiyyah dan jasmaniyah  secara seimbang. Pelancongan Islam dapat dijalankan dengan sempurna jika konsep fiqh  dihayati dengan mendalam oleh tuan rumah. Kebolehan memenuhi keinginan pelancong  dari segi keperluan kerohanian seperti kemudahan patuh syariah atau kemudahan perhentian solat yang baik boleh dipertingkatkan. Untuk tujuan penambahbaikan konsep pelancongan dan hospitaliti Islam, perlu ada nilai-nilai emosi seperti sopan santun atau berbudi bahasa.Di samping semua pihak boleh didedah kepada tarbiah melalui maklumat-  maklumat bermanfaat. Oleh itu , kaedah fiqh telah membuktikan kita bahawa Islam itu memudahkan urusan seseorang. Intijahnya, tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.


 10) RUJUKAN

https://prezi.com/djev_evac13z/prinsip-syariah-dan-kaedah-fiqh-dalam-bidang- pelancongan-dan/?frame=e444ecac0fb32ee62adfcfa6eefcd1081b4010be

 http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=521581&cat=tm

 https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-22.pdf

 http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-2/no-2/19-16_Norazlina-Abd- Wahab_Konsep-Hifz-Al-Quran-dalam-Aktiviti-Pelancongan.pdf

 http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9938/1/Kajian%20Syariah%20Dan%20U ndang-Undang%20Part%201.pdf 

https://www.slideshare.net/cikmelly/kaedah-fiqh



Comments

Popular posts from this blog

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR